Sabtu, 27 Oktober 2012

Teks Ucapan Perasmian Majlis Graduasi SEMESRA


SELAMAT PAGI, SELAMAT SEJAHTERA, DAN SALAM 1 MALAYSIA
YANG BERBAHAGIA ENCIK SUDAR BIN KIMAN,PEGAWAI PELAJARAN DAERAH RAUB
YANG BERUSAHA TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF
PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI RAUB
MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA
MAJLIS GRADUASI SEMESRA KALI KETIGA 2012
YANG DIHORMATI  ENCIK A. RAUF BIN A. SAMAD
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI RAUB
YANG DIHORMATI GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU, DAN PARA IBU BAPA,
YANG DIRAIKAN, PARA GRADUAN,
SETERUSNYA, HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN.


TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN  DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI RAUB KHUSUSNYA DAN PIHAK PEJABAT PELAJARAN DAERAH RAUB AMNYA, KERANA SUDI MENGUNDANG SAYA KE MAJLIS GRADUASI SEMESRA PADA KALI KETIGA YANG GEMILANG  INI. JUSTERU, DALAM KESEMPATAN INI MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERSYUKUR KEPADA TUHAN KERANA DENGAN KEIZINAN-NYA KITA DIBERI PELUANG UNTUK HADIR KE  MAJLIS YANG SANGAT BERMAKNA INI, KHUSUS UNTUK MERAIKAN DAN MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA PARA PELAJAR PRAUNIVERSITI DAN PARA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG TELAH MENUNJUKKAN KECEMERLANGAN DALAM BIDANG AKADEMIK. SYABAS DAN TAHNIAH, SAYA UCAPKAN KEPADA 70 GRADUAN YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ATAS KECEMERLANGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN BARU-BARU INI!  TAHNIAH, JUGA DIUCAPKAN KEPADA PARA IBU BAPA YANG HADIR UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA ANAK-ANAK PADA PAGI INI! SEMOGA SEGALA KHIDMAT BAKTI,  PENGORBANAN DAN SOKONGAN YANG TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BERIKAN AKAN MENDAPAT RESTU DARIPADA TUHAN.


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

SAYA DIFAHAMKAN BAHAWA BERDASARKAN ANALISIS KESELURUHAN,  PRESTASI PEPERIKSAAN STPM 2011, SEKOLAH INI TELAH MENCAPAI KEPUTUSAN 100% LULUS DENGAN PURATA NILAI GRED KUMULATIF (PNGK) 2.82, SEKALI GUS DAPAT MENDUDUKI RANKING PERTAMA DI DAERAH RAUB DAN RANKING KEDUA TERBAIK DI NEGERI PAHANG. HAL INI BERMAKNA SMK SERI RAUB TELAH BERJAYA MENDUDUKI TEMPAT KEDUA DARIPADA 49 BUAH SEKOLAH YANG ADA MENAWARKAN KELAS TINGKATAN 6 / PRAUNIVERSITI DI PAHANG. DALAM PEPRIKSAAN SPM 2011 JUGA SEKOLAH INI TELAH MENCAPAI KEPUTUSAN 100% LULUS DENGAN GRED PURATA SEKOLAH(GPS)3.52,SEKALI GUS MENDUDUKI RANKING KEDUA TERBAIK DI DAERAH RAUB SELEPAS SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH (SEMESTA).  BERDASARKAN PRESTASI DAN REPUTASI YANG BAIK INI, SAYA YAKIN  SEKOLAH INI AKAN TERUS CEMERLANG DAN UNGGUL DI DAERAH INI.


PARA GRADUAN DAN HADIRIN SEKALIAN,

PENGANJURAN MAJLIS SEUMPAMA INI SEBENARNYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBERI MOTIVASI, PERANGSANG DAN INGATAN AGAR  PARA PELAJAR DAPAT  MENINGKATKAN KESEDIAAN DIRI DARI ASPEK PSIKOLOGI DI SAMPING KESEDIAAN INTELEK UNTUK MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. SESUNGGUHNYA MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM DAN STPM ADALAH SANGAT PENTING SEBAGAI PLATFORM UNTUK MENERUSKAN HASRAT MENUNTUT ILMU KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI DI UNIVERSITI. DI UNIVERSITI ANDA AKAN MENERUSKAN PENGAJIAN PADA PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH. KEMUDIAN, KE PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH DALAM BIDANG-BIDANG TERTENTU. BERKEMUNGKINAN JUGA ANDA AKAN DITAWARKAN UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DI UNIVERSITI TERNAMA DI LUAR NEGARA DENGAN PENAJAAN KERAJAAN ATAU PIHAK SWASTA.

PARA GRADUAN SEKALIAN,

ANDA MASIH MUDA. PERJALANAN UNTUK MEMBURU KECEMERLANGAN  AKADEMIK,  MASIH JAUH DAN TERBENTANG LUAS DI HADAPAN.  JUSTERU, USAH PERSIA KESEMPATAN YANG ADA, KERANA KATA HUKAMAK, “BARANGSIAPA YANG TIDAK MAHU MAJU DALAM MENCARI ILMU, MAKA JIWANYA UMPAMA LAMPU YANG KEHABISAN MINYAK, MAKIN LAMA MAKIN MALAP DAN KEMUDIAN MENJADI GELAP.”

SEMENTARA ALVIN TOFFLER, SEORANG PENULIS TERKENAL PERNAH MENYATAKAN BAHAWA,

“ BIDANG PENDIDIKAN PADA ABAD INI SANGAT PENTING DAN MESTI BERUPAYA MELAHIRKAN PELAJAR YANG KREATIF, YANG MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH DAN BOLEH BERFIKIR SECARA KRITIS,” .
DEMIKIANLAH PERIHAL KEPENTINGAN PENGUASAAN ILMU.

JUSTERU, BERBEKALKAN SIJIL GRADUASI YANG ANDA TERIMA PADA PAGI INI, SERTA IRINGAN DOA DAN HARAPAN DARIPADA IBU BAPA DAN GURU-GURU SERTA RAKAN-RAKAN, SAYA YAKIN  ANDA AKAN MENJADI INSAN YANG CEMERLANG PADA MASA HADAPAN, SEJAJAR DENGAN MATLAMAT SEKOLAH DAN ASPIRASI KERAJAAN UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN KELAS PERTAMA DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA.

HADIRIN SEKALIAN,

PENGUASAAN ILMU- ILMU MODEN SEPERTI  SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN RAKYAT AKAN DAPAT MENINGKAT DAYA SAING NEGARA DI PERINGKAT GLOBAL. MENYEDARI AKAN KEPENTINGAN PENGUASAAN  ILMU-ILMU INI DI PERINGKAT SEKOLAH, MAKA ANDA ADALAH ANTARA GOLONGAN YANG SANGAT DIHARAPKAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG INI. NAMUN, PENEKANAN DALAM KEDUA-DUA BIDANG INI  ( IQ DAN EQ )SAHAJA  ADALAH MASIH TIDAK MEMADAI. ALASANNYA, KITA TIDAK BERHASRAT MELAHIRKAN GENERASI YANG PINCANG;  YANG HANYA TERDIDIK MINDA TETAPI TIDAK TERDIDIK AKHLAK. JUSTERU, ASPEK PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN KECERDASAN KEROHANIAN ( SQ ) MESTI DIBERI KEUTAMAN. RASIONALNYA, PAKEJ TIGA DALAM SATU INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENJADIKAN ANDA SEBAGAI INSAN YANG SEIMBANG  DAN DAPAT  MEMENUHI ANTARA TUNTUTAN DUNIA DAN AKHIRAT AGAR ANDA DAPAT MENCAPAI KECEMERLANGAN  HIDUP  DI DUNIA DAN  KECEMERLANGAN DI AKHIRAT.

DI SAMPING ITU, ASPEK KEMAHIRAN INSANIAH ‘SOFT SKILL’ TIDAK BOLEH  DI KESAMPINGKAN; PENGHAYATAN NILAI-NILAI PATRIOTISME YANG DISEMAI MELALUI PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH, KETRAMPILAN KOMUNIKASI, KREATIVITI, INOVASI, KEPIMPINAN, PENGURUSAN ORGANISASI DAN SEBAGAINYA PERLU DIKUASAI KETIKA ANDA TERLIBAT DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH.  PARA BIJAK PANDAI ADA MEMBUAT  TAMSILAN  IAITU,  BELAJAR DI WAKTU KECIL BAGAI MENGUKIR DI ATAS BATU, BELAJAR SESUDAH DEWASA BAGAI MENGUKIR DI ATAS AIR. JUSTERU, FIKIR-FIKIRKANLAH.

DALAM PADA ITU, KERAJAAN TIDAK MAHU RAKYATNYA  MASIH LAGI MEMILIKI MINDA KELAS KETIGA KETIKA KERAJAAN SUDAHPUN MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR KELAS PERTAMA. JUSTERU, KETRAMPILAN ANAK-ANAK DALAM PELBAGAI DISIPLIN ILMU ADALAH SANGAT DIHARAPKAN OLEH KERAJAAN. SESUNGGUHNYA TENAGA KERJA YANG MAHIR DAN KOMPETEN MERUPAKAN ASET TERPENTING BAGI MELESTARI DAN MENJAYAKAN MISI NASIONAL INI.

HADIRIN SEKALIAN,

SECARA PERIBADI, SAYA MENYOKONG SEPENUHNYA PENGANJURAN MAJLIS GRADUASI DAN MAJLIS-MAJLIS YANG SEUMPAMANYA OLEH PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH INI. SESUNGGUHNYA PENGANJURAN PROGRAM INI MERUPAKAN SUATU INISIATIF YANG BAIK UNTUK MEMOTIVASIKAN PARA PELAJAR DI SEKOLAH INI.

SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN INI, SAYA SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH  DAN  SYABAS KEPADA PARA GRADUAN ATAS KEJAYAAN ANDA DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN BARU-BARU INI! SEMOGA DALAM PEPERIKSAAN YANG SEBENAR NANTI ANDA AKAN MENDAPAT PENCAPAIAN YANG LEBIH CEMERLANG.

Nyalakan azam membumbung,
Padukan tekad nan waja;
Harungi ombak menggunung,
Menuju ke pulau cita.

AKHIR KATA, SAYA DENGAN SUKACITANYA MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI RAUB KALI KE-3, TAHUN 2012.

SEKIAN, TERIMA KASIH.



Ikhsan daripada Cikgu Muhammad Nasir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan